MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Nokaen

Ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.
Ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen yang dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur, kira-kira 479 kilometer (km) di timur laut Naga City, Filipina.

Kenyataan MetMalaysia hari ini memaklumkan bahawa berdasarkan pemerhatian pada jam 8 pagi, ribut berkenaan bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j.

Ribut itu berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah dan tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Nokaen
  • Dikesan di latitud 16.6 utara dan longitud 126.5 timur
  • Bergerak ke timur-timur laut pada kelajuan 10 km/j
  • Berada kira-kira 1,502 km di timur laut Pitas, Sabah
  • Tidak menimbulkan ancaman ketara kepada Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!