Wanita terkejut ular sawa 'tumpang tidur' atas badan

 Seorang wanita berdepan detik ngeri selepas seekor ular sawa 'tumpang tidur' di atas dadanya.
Seorang wanita berdepan detik ngeri selepas seekor ular sawa 'tumpang tidur' di atas dadanya.
A
A
A

SYDNEY - Seorang wanita berdepan detik ngeri selepas seekor ular sawa 'tumpang tidur' di atas dadanya ketika kejadian pada awal minggu lalu.

Rachel Bloor di Brisbane, Australia berkata, dia terjaga pada tengah malam selepas berasa sesuatu yang berat menindih bahagian atas tubuhnya.

Dalam keadaan masih gelap, dia meraba perlahan objek itu yang mempunyai permukaan licin dan bergulung.

Bloor kemudiannya meminta bantuan suaminya untuk membuka suis lampu.

Mereka terkejut selepas mendapati reptilia sepanjang 2.5 meter sedang melingkar di atas tubuhnya.

Bloor mengalihkan tubuhnya perlahan-lahan dan akhirnya berjaya melepaskan diri.

"Mujurlah ia tidak bertindak agresif ketika saya memegangnya," jelas wanita itu lagi.

Tanpa bantuan penangkap ular, Bloor membantu haiwan itu keluar dengan selamat melalui tingkap dari biliknya yang terletak di tingkat dua kediaman keluarganya. - Agensi

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Brisbane, Australia, terbangun pada tengah malam kerana berasa sesuatu yang berat di atas tubuhnya
  • Rachel Bloor meraba objek tersebut yang licin dan bergulung tanpa menyedari ia ular sawa
  • Bantuan suaminya diperlukan untuk membuka lampu dan mendedahkan reptilia sepanjang 2.5 meter melingkar di atas tubuhnya
  • Bloor berjaya melepaskan diri tanpa ular tersebut bertindak agresif
  • Tanpa bantuan penangkap ular, Bloor sendiri membantu ular itu keluar melalui tingkap dari biliknya yang terletak di tingkat dua rumahnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!