APM ambil masa sejam tewaskan ular sawa batik 200kg

APM Kota Bharu mengambil masa sejam untuk menewaskan ular sawa batik seberat 200 kg dengan panjang 4.5 meter di Kampung Lubok Jambu, Kota Bharu pada Khamis. Foto: APM
APM Kota Bharu mengambil masa sejam untuk menewaskan ular sawa batik seberat 200 kg dengan panjang 4.5 meter di Kampung Lubok Jambu, Kota Bharu pada Khamis. Foto: APM
A
A
A

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Bharu mengambil masa sejam untuk 'menewaskan' ular sawa batik seberat 200 kilogram (kg) di Kampung Lubok Jambu di sini pada Khamis.

Kehadiran reptilia sepanjang 4.5 meter itu disedari oleh seorang penternak berusia 34 tahun pada jam 11.10 malam semasa memeriksa kandang kambing miliknya.

Pegawai Operasi APM Kota Bharu, Leftenan (PA) Mohd Saifulbahri Wan Isa berkata, pada mulanya ia ditemukan oleh pemilik kandang dalam kawasan pagar sebelum melarikan diri ke semak berhampiran selepas terkejut dengan cahaya lampu suluh.

"Susulan itu, lelaki berkenaan telah menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan. Penternak terbabit dikatakan panik sebab ular itu tersangat besar dan bimbang ia akan membaham kambing peliharaannya.

Proses menangkap ular sawa batik itu mengambil masa hampir sejam kerana saiznya yang besar dan agak agresif.
Foto: APM
Proses menangkap ular sawa batik itu mengambil masa hampir sejam kerana saiznya yang besar dan agak agresif. Foto: APM

"Sepasukan lima anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan daripada lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut beliau, proses menangkap ular sawa batik itu mengambil masa hampir sejam kerana saiznya yang besar dan agak agresif.

Ujarnya, pasukan menggunakan peralatan khas bagi mengawal reptilia berkenaan sebelum berjaya ditangkap.

Mohd Saifulbahri memberitahu, ular sawa tersebut dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Bharu bagi tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kota Bharu mengambil masa sejam untuk menangkap ular sawa batik seberat 200 kilogram di Kampung Lubok Jambu
  • Ular sawa sepanjang 4.5 meter itu disedari oleh seorang penternak pada jam 11.10 malam
  • Ia ditemukan dalam kawasan pagar kandang kambing sebelum melarikan diri ke semak selepas terkejut dengan cahaya lampu suluh
  • Penternak hubungi APM untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang ular akan membaham kambingnya
  • Proses menangkap memakan masa hampir sejam, menggunakan peralatan khas sebelum dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah Kota Bharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!