Wanita terkejut ular kapak keluar dari mesin ATM ketika keluarkan wang

Wanita berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. - Foto:Agensi
Wanita berkenaan segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. - Foto:Agensi
A
A
A

BANGKOK – Seorang wanita di wilayah Surin, Thailand berdepan detik mencemaskan apabila seekor ular tiba-tiba meluncur keluar dari mesin pengeluaran automatik (ATM) ketika dia sedang mengeluarkan wang tunai, pagi Jumaat.

Menurut laporan The Thaiger, insiden berlaku kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan apabila wanita terbabit yang juga seorang pembantu jururawat di Hospital Lamduan sedang mengeluarkan wang sebanyak 900 baht (RM115) di sebuah ATM di pusat bandar Surin.

Ketika dia ingin mengambil wang tersebut, seekor ular tiba-tiba keluar dari ruang pengeluaran bersama wang tunai, menyebabkan wanita itu menjerit ketakutan dan segera berundur. Mesin ATM berkenaan kemudian secara automatik menarik semula wang tersebut.

Panik dengan kejadian itu, wanita berkenaan segera menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Polis dari Balai Lamduan yang tiba di lokasi mendapati terdapat sekeping wang 100 baht masih terkeluar dari mesin, manakala selebihnya dipercayai telah ditarik semula bersama ular berkenaan.

Berdasarkan keterangan mangsa, pihak polis percaya reptilia itu ialah ular kapak Malaya, antara tujuh spesies ular paling berbisa di Thailand. Racunnya boleh menyebabkan pendarahan dalaman, tisu membusuk serta kematian sekiranya tidak dirawat segera.

Pihak bank kemudiannya memanggil pasukan penyelamat untuk membuka mesin ATM dan mengeluarkan ular tersebut dengan selamat. Mesin itu ditutup sementara bagi pemeriksaan menyeluruh demi menjamin keselamatan awam.

Menurut polis, wang tunai yang ditarik semula oleh mesin akan dipulangkan kepada wanita berkenaan selepas siasatan dan pengesahan oleh pihak bank selesai. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita di Thailand dikejutkan oleh seekor ular yang meluncur keluar dari mesin ATM ketika mengeluarkan wang
  • Insiden berlaku di wilayah Surin ketika wanita itu, seorang jururawat pembantu, sedang mengeluarkan 900 baht
  • Ular tersebut keluar bersama wang tunai yang menyebabkan wanita itu menjerit dan mesin ATM menarik semula wang
  • Pihak polis mendapati ular tersebut adalah ular kapak Malaya, salah satu spesies ular paling berbisa di Thailand
  • Pihak bank mengambil langkah bagi mengeluarkan ular dari mesin ATM dan memastikan mesin itu selamat digunakan sebelum dibuka semula

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!