Musyawarah Nasional, Pas Pahang tunggu perkembangan, ketetapan Pas Pusat

KUANTAN- Pas Pahang menunggu perkembangan selanjutnya berhubung cadangan UMNO untuk menganjurkan Musyawarah Nasional bagi membicarakan agenda politik Melayu.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Andansura Rabu berkata, sebarang keputusannya bergantung kepada ketetapan Pas Pusat.
Menurutnya, secara dasarnya, Pas Pahang menyokong sebarang cadangan atau usaha baik berkaitan penyatuan ummah ini.
"Justeru itu, kita tunggu dan lihat perkembangan ini selanjutnya selain menunggu ketetapan Pas pusat sama ada kita sertai atau sebaliknya.
"Kami akan ikut sebarang keputusannya nanti," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Pada ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Jumaat lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyebut bahawa UMNO akan menganjurkan Musyawarah Nasional bagi membicarakan agenda politik umat Melayu melibatkan semua pertubuhan, pakar-pakar, ahli akademik dan profesional Melayu.
Penganjuran musyawarah itu sebagai sebahagian daripada kerangka pemulihan di bawah tiga langkah pemugaran atau pembaharuan politik UMNO.
Ringkasan AI
- Pas Pahang menunggu perkembangan cadangan UMNO untuk menganjurkan Musyawarah Nasional membicarakan agenda politik Melayu
- Keputusan Pas Pahang bergantung kepada ketetapan Pas Pusat
- Pas Pahang secara dasar menyokong usaha penyatuan ummah
- Keputusan sama ada untuk menyertai Musyawarah itu menunggu ketetapan dari Pas pusat
- Musyawarah Nasional dirancang sebagai sebahagian daripada kerangka pemulihan UMNO melibatkan pertubuhan, pakar, ahli akademik dan profesional Melayu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


