Rumah Bangsa UMNO: Strategi nilai semula kekuatan parti

Penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.
Penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.
A
A
A

PENGUMUMAN penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa oleh UMNO menandakan satu lagi langkah strategik parti itu untuk menilai semula kedudukannya dalam landskap politik Melayu.

Sebelum ini, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti menubuhkan jawatankuasa dirujuk Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu.

Ujar beliau, penyertaan semula itu boleh dilakukan secara individu atau en bloc.

Langkah ini boleh ditafsirkan sebagai usaha mengukuhkan semula asas sokongan tradisional UMNO, khususnya dalam kalangan pengundi Melayu luar bandar dan ahli akar umbi.

Ia kerana ada dalam kalangan mereka meninggalkan parti atas pelbagai faktor, termasuk perbezaan pandangan politik, kekecewaan terhadap kepimpinan atau dinamik politik semasa.

Sudah tentu, penyertaan semula bekas ahli yang berpotensi dan berpengaruh boleh menambahkan kekuatan jentera parti, terutamanya di peringkat cawangan serta bahagian, yang menjadi tulang belakang kempen pilihan raya.

Dalam konteks PRU16, UMNO berdepan persaingan yang lebih kompleks berbanding era terdahulu.

Pecahan undi Melayu kepada beberapa parti dan gabungan politik telah mengubah corak persaingan, menjadikan majoriti mudah semakin sukar dicapai.

Justeru, agenda penyatuan ini boleh dilihat sebagai percubaan untuk mengurangkan perpecahan dalaman keluarga politik Melayu dengan membawa pulang individu atau kumpulan yang pernah berada dalam lingkungan ideologi dan struktur UMNO.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhan, penubuhan jawatankuasa berpotensi menjadi salah satu instrumen penting dalam strategi memperkukuh sokongan, namun kejayaannya akan diukur dari segi sejauh mana penyatuan itu benar-benar diterjemahkan kepada kestabilan dalaman dan keyakinan pengundi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!