Doktor didakwa bunuh isteri, anak lima tahun, cuba hapus bukti

Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan membunuh isteri dan anaknya, pada Disember.
Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan membunuh isteri dan anaknya, pada Disember.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas empat pertuduhan membunuh isteri dan anaknya, pada Disember.

Tertuduh, Chia Tong Hong, 34, hanya menggangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di dua Mahkamah Majistret di sini secara berasingan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Majistret A Shaarmini.

Bagi dua pertuduhan itu, lelaki terbabit didakwa dengan niat membunuh isterinya, Phun Lai Ling, 37, dan anak lelakinya, Aaden Chia Yee Heng, 5, sehingga menyebabkan kematian.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Perjiranan 11/12, Bandar Dato' Onn di sini, antara pukul 9.50 malam hingga 10.34 malam, 30 Disember 2025.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan yang boleh sampai 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh, Chia Tong Honh didakwa membunuh isteri dan anaknya yang berusia lima tahun.
Tertuduh, Chia Tong Honh didakwa membunuh isteri dan anaknya yang berusia lima tahun.

Di hadapan Atifah Hazimah, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi satu pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas polis dalam menjalankan siasatan.

Tertuduh didakwa mengubah kedudukan mayat si mati iaitu anaknya dalam siasatan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Perbuatan dilakukan di lokasi sama pada jam 8.10 pagi, 31 Disember 2025 dan dia didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tertuduh mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nabilah Nizam atas tuduhan melupuskan kuku palsu isterinya itu dengan niat untuk mengelak daripada hukuman undang-undang, di lokasi, masa dan hari yang sama.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Sarah Siti Aisyah Mustapha Kamal, Nurul Fatihah Mohd Nizam dan Siti Aishah Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Bernard George.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap tertuduh kerana dia menghadapi kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa mengubah kedudukan mayat si mati iaitu anaknya dalam siasatan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tertuduh didakwa mengubah kedudukan mayat si mati iaitu anaknya dalam siasatan kes Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula termasuk serahan dokumen pada 17 Mac ini sementara menunggu laporan bedah siasat, asid deoksiribonukleik (DNA), kimia, forensik dan toksikologi.

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang doktor klinik swasta di Johor Bahru didakwa membunuh isteri dan anaknya
  • Tertuduh, Chia Tong Hong, 34, menghadapi empat pertuduhan tanpa pengakuan direkodkan
  • Dakwaan pembunuhan dilakukan di rumahnya pada 30 Disember 2025
  • Tertuduh juga menghadapi pertuduhan menghalang tugas polis dan melupuskan kuku palsu isterinya
  • Tiada jaminan dibenarkan dan kes akan disebut semula pada 17 Mac sambil menunggu laporan forensik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!