Amaran hujan lebat, ribut petir di tiga negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan berlaku di tiga negeri.
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir disertai hujan lebat dan angin kencang dijangka melibatkan berlaku di tiga negeri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Selangor, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu meliputi beberapa kawasan di Selangor termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor serta Limbang (Lawas) di Sarawak.

Amaran cuaca yang sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sabah termasuk di pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) serta pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). - Bernama 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan
  • Amaran ini sah sehingga 12 tengah hari
  • Kawasan di Selangor yang terlibat termasuk Sabak Bernam dan Kuala Selangor
  • Di Sarawak, kawasan Limbang termasuk dalam amaran ini
  • Beberapa kawasan di Sabah seperti pedalaman dan pantai barat juga terjejas

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!