Ab Rauf akan pertimbang peletakan jawatan Akmal Saleh

Muhamad Akmal mencium tangan Ab Rauf selepas memberi ucapan dalam sPerhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena PAU 2025 di pekarangan WTC Kuala Lumpur pada Khamis.
Muhamad Akmal mencium tangan Ab Rauf selepas memberi ucapan dalam sPerhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena PAU 2025 di pekarangan WTC Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan bakal menunggu surat rasmi peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kerajaan Negeri itu.

Bagaimanapun, Ab Rauf berkata, terpulang kepada dirinya sama ada ingin mempertimbang dan menerima peletakan jawatan itu atau sebaliknya.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan Dr Muhamad Akmal yang ingin meletak jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.

“Sebagai ketua negeri, saya akan menunggu surat rasmi untuk dipertimbangkan sama ada saya menerima peletakan jawatan tersebut atau tidak.

“Bagi saya, beliau berkarya cara pemuda. Saya akan meneliti dan menilai kaedah bagaimana untuk menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat,” katanya ringkas.

Ab Rauf berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di pekarangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Khamis.

Terbaharu, Sinar Harian melaporkan Dr Muhamad Akmal mengumumkan meletak jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka berkuat kuasa minggu depan.

Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk kekal mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menegaskan bahawa dirinya tidak akan sesekali meninggalkan Pemuda UMNO, tetapi sanggup meletak jawatan dalam kerajaan negeri demi maruah parti.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ketua Menteri Melaka menunggu surat peletakan jawatan Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kerajaan Negeri
  • Terpulang kepada Ketua Menteri sama ada menerima atau menolak peletakan jawatan tersebut
  • Dr Muhamad Akmal ingin meletak jawatan sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka
  • Keputusan masih dalam pertimbangan Ketua Menteri setelah mendapat surat rasmi
  • Dr Muhamad Akmal akan kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO walaupun meletak jawatan dalam kerajaan negeri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!