X

Kindly register in order to view this article
!

828 individu ditahan langgar PKP semalam

Kesemua individu terbabit ditahan ketika rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan seluruh negara ketika ini.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mendedahkan seramai 828 orang ditahan semalam selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menjelaskan, kesemua individu terbabit ditahan ketika rondaan dan sekatan jalan raya yang dilakukan seluruh negara ketika ini.

"Sasaran kita sebenarnya untuk mengurangkan jumlah tangkapan, namun jumlah yang semakin banyak setiap hari menunjukkan masih ramai rakyat yang tidak patuh pada arahan dikeluarkan.

"Jumlah tangkapan semakin meningkat ini juga menunjukkan bahawa polis mengambil tindakan lebih tegas berbanding sebelum ini," katanya pada sidang media di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, setakat semalam, sebanyak 1,520 sekatan jalan raya dan memeriksa 257,287 kenderaan telah dilakukan.

"Sehingga semalam, seramai 67,774 anggota PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditugaskan bagi memantau penguatkuasaan PKP dan kita mempunyai simpanan lebih ramai yang akan dikerah," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri turut memaklumkan sekatan jalan raya di plaza tol akan ditingkatkan kepada 114 sekatan selepas ini.

"Sebelum ini, sekatan di plaza tol melibatkan 23 sekatan dan semalam ditingkatkan lagi kepada 65 plaza tol," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus