Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara
14 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis
