Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Arahan simpan beg kecemasan 72 jam, ini reaksi rakyat Thailand

05 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A

Kerajaan Thailand menggesa setiap isi rumah menyediakan beg kecemasan mengandungi bekalan keperluan asas untuk bertahan selama 72 jam ketika bencana atau krisis berlaku. Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM), Nirat Pongsitthaworn berkata, persediaan itu penting sementara menunggu bantuan pihak berkuasa tiba.

Menurutnya, beg tersebut perlu mengandungi enam kategori barangan iaitu ubat-ubatan, makanan dan air minuman, peralatan komunikasi, dokumen penting serta wang tunai, kelengkapan kebersihan dan pakaian.

Ini antara reaksi rakyat Thailand di Pattani dalam tinjauan yang dilakukan Sinar Harian berhubung perkara tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803160/global/thailand-saran-beg-kecemasan-72-jam

Tajuk lagu: Legends Will Rise

Artis / komposer: Roger Gabalda

Sumber: Bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Pattani #Thailand