PRN Melaka: Calon PH Duyong pilih 'shake hand', bukan kejar 'like'
05 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih pendekatan turun padang dan bersalaman dengan seramai mungkin pengundi berbanding mengejar populariti di media sosial dalam usaha memperkenalkan dirinya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Menurutnya, media sosial penting tetapi bukan segala-galanya dalam kempen pilihan raya kerana platform itu lebih cenderung menjangkau kelompok masyarakat tertentu dalam dunia maya, sedangkan hubungan dengan pengundi perlu dibina menerusi pertemuan secara bersemuka.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #DUNDuyong #PH
