Elly tidak lagi berahsia...

Elly-2
Elly-2
A
A
A

BIARPUN tidak mendedahkan wajah jejaka berusia 20-an yang berjaya menambat hatinya, penyanyi Elly Mazlein mula berkongsi perkembangan hubungan mereka.

Terbaharu, menerusi sekeping foto jejaka yang dipanggil 'papa' itu yang mesra dengan anak tunggal Elly, Putri Sara Sephia Azmi, Elly mencuri perhatian ramai dengan meninggalkan kapsyen

"Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu, tak mungkin akan kulepaskan ikatan ini. Terima kasih sudi membahagiakan jiwa kecil itu. Makan pun satu pinggan dengan papa," tulisnya.

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Elly sebelum ini mengakui sedang mengenali jejaka berkenaan yang dikenalinya sejak lima bulan lalu.

Keterbukaan Elly untuk menerima jejaka itu kerana memikirkan masa depan anaknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: #TqPapa Elly Mazlein tarik perhatian netizen]

Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Artikel Berkaitan:

Manakala Azmi pula telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faye Kusairi pada 9 April 2017.

Melihatkan kemesraan itu, ramai yang mula mendoakan kebahagiaan mereka dan agar segera mendirikan rumah tangga.

"Walaupun ada mama tapi jiwa seorang anak perempuan, tetap perlukan seorag papa. Psikologinya begitu... Alhamdulillah kami doakan kakal Lina pompom kami yang tersayang beroleh bahagia dengan si dia yang misteri itu sebab wajahnya ditutup. Sayang kakak Lina pompom, penghibur hatiku yang keletah," tulis che.cahaya.

"Semoga adik bahagia hingga ke Jannah, entah kenapa rasa sayu kakak tengok foto anaknya... Betapa dia rindukan kasih dan belaian seorang papa... Semoga dipermudahkan ALLAH untukmu adik," tulis haslinda.hashim.

"Sipi-sipi pun nampak kacak kakak Lina, heheh sesuailahu," tulis nurain_nazri95.

"Siapa-siapa yang ada dekat Saba cyberjaya itu sahaja tahu siapa jejaka misteri ini hehe. Semoga berbahagia kakak Lina. Pom pom pom berbungalah hati itu," tulis noorshahidah3S.

"Nampak tangan pun kacak, he he he," tulis srianggun_slimming.