Deposit TH tak terjejas, tetap naik

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sri Zukri Samat (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Risiko Audit dan Takbir Urus (kanan) bercakap pada sidang media hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Sri Zukri Samat (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Risiko Audit dan Takbir Urus (kanan) bercakap pada sidang media hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun berdepan pelbagai kontroversi hujung tahun lalu, namun nilai deposit dan jumlah pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terjejas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat, mengumumkan nilai dan jumlah pendeposit masih lagi meningkat, manakala aktiviti pengeluaran dan penyimpanan deposit oleh ahli adalah suatu perkara yang biasa berlaku setiap hari.

"Pengeluaran keluar deposit adalah sebanyak RM73.5 bilion pada Disember 2018, tetapi pada masa sama sejumlah RM74.5 deposit baru masuk.

"Ketika ini juga, sejumlah 31,580 akaun baru pendeposit dibuka. Kami tidak melihat pengeluaran besar-besaran oleh pendeposit, termasuk ketika isu berkenaan TH diperkatakan," katanya ketika ditanya pada sesi penerangan kepada media di Ibu Pejabat TH hari ini.

Dalam pada itu, menurut Zukri, pada tahun 2017, jumlah deposit di TH ialah RM73.56 bilion dan ia meningkat kepada RM74.5 bilion pada tahun lalu, peningkatan hampir RM1 bilion.

Beliau berkata, agensi berkenaan mengalami peningkatan deposit sebanyak RM1 bilion sehingga Disember 2018, walaupun TH ketika itu berhadapan isu berkaitan defisit berjumlah RM4.1 bilion, pada tahun kewangan 2017.

Artikel Berkaitan: