Ingkar PKP sebab nak beli rokok

Amran
Amran
A
A
A

KUALA PILAH - Dua lelaki ditahan polis malam tadi di Taman Jemapoh Murni, di sini selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, suspek berusia 23 dan 27 tahun itu menunggang motosikal secara berasingan ditahan kira-kira jam 10 malam.

"Suspek cuba melarikan diri sebaik sahaja anggota polis mahu melakukan pemeriksaan terhadap mereka tetapi kedua-duanya berjaya diberkas.

"Kedua-dua mereka memberi alasan keluar untuk membeli rokok," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Amran berkata, kes diklasifikasikan di bawah Sek. 186 Kanun Keseksaan / 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)2020.

"Perintah reman akan dipohon hari ini ke atas kedua-dua suspek bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: