Isu ladang babi: Firdaus Wong terima ugutan bunuh

SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh susulan hantaran di laman sosialnya berkaitan titah Sultan Selangor mengenai isu ladang babi.
Firdaus akan membuat laporan polis terhadap seorang individu yang membuat hantaran ugutan di ruangan komen.
Menurutnya, ia bukan kejadian pertama, malah pernah menerima ugutan pukul dan bunuh sebelum ini.
"Tahun lepas saya telah membuat dua laporan polis. Individu yang mengugut bunuh mengaku dia melakukannya tetapi masih belum didakwa.
"Joseph Prakash, individu yang mengugut untuk memukul saya juga belum didakwa," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Dalam pada itu Firdaus membandingkan tindak balas pihak berkuasa terhadap kes berkenaan dengan kes melibatkan pelawak, Harith Iskander.
"Kes itu kurang seminggu suspek telah ditahan, didakwa dan dijatuhkan hukuman," ujarnya.
Ringkasan AI
- Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh kerana hantaran di laman sosial tentang titah Sultan Selangor
- Firdaus akan membuat laporan polis terhadap individu yang mengugutnya
- Ini bukan kali pertama Firdaus menerima ugutan pukul dan bunuh
- Tahun lepas Firdaus sudah membuat dua laporan polis terhadap ugutan bunuh dan pukul
- Firdaus bandingkan tindakan pihak berkuasa terhadap kesnya dengan kes pelawak Harith Iskander yang mendapat tindakan cepat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

