Banjir di Borneo: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir simpati

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.
A
A
A

KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Sarawak dan Sabah.

Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan baginda berdua turut mendoakan agar segala urusan rakyat yang ditimpa bencana dipermudahkan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan.

"Baginda berdua bertitah bahawa rakyat di Borneo sentiasa dekat di hati serta sentiasa dalam ingatan, dan mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan oleh ALLAH SWT," menurut hantaran itu.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka pagi tadi, menempatkan 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga, berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi.

Di Sabah, mangsa banjir direkodkan 367 orang daripada 137 keluarga berlindung di dua PPS setakat 8 pagi tadi, meningkat sedikit berbanding 363 orang daripada 136 keluarga pada petang semalam. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan simpati kepada mangsa banjir di Sarawak dan Sabah
  • Kesultanan Pahang mendoakan urusan mangsa banjir dipermudahkan serta diberi kekuatan
  • Mangsa banjir di Sarawak meningkat dengan 41 PPS dibuka dan menampung 3,890 mangsa
  • Di Sabah, 367 mangsa banjir dari 137 keluarga berada di dua PPS
  • Doa dan ingatan khusus daripada Kesultanan Pahang untuk rakyat di Borneo yang terjejas banjir

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!