Pemberdayaan wanita menerusi dua agensi

Dr Mariah
Dr Mariah
A
A
A

PETALING JAYA - Program pemberdayaan wanita di negeri ini akan dipergiatkan menerusi dua agensi utama di bawah kerajaan negeri iaitu Institut Wanita Berdaya (IWB) dan Pusat Wanita Berdaya (PWB).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, kerajaan negeri komited menjadikan PWB sebagai platform untuk golongan wanita mendapat latihan pengupayaan.

Katanya, ia sebagai persediaan golongan itu ke ke tahap lebih tinggi sekaligus menjadi pemimpin di peringkat komuniti, daerah dan negeri.

“Untuk melihat pembabitan wanita dalam politik, kita perlu pemimpin wanita di peringkat akar umbi.

“Ia akan membolehkan kita memilih pemimpin wanita yang berkualiti dan membolehkan golongan ini menjadi pembuat dasar di peringkat lebih tinggi,” katanya dipetik SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Perasmian Seminar Nasional Wanita dan Politik: Ke mana hala tuju politik negara, di Hotel Armada, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: