Pekerja kedai serbaneka cedera diserang penyamun

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang juruwang kedai serbaneka 24 jam di Jalan Setia Prima U13, di sini cedera diserang sekumpulan penyamun dalam kejadian malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintenden Ramsay Anak Embol berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam apabila seorang lelaki yang memakai topeng muka dan topi bertindak meluru masuk ke premis berkenaan.

"Mangsa telah dicederakan suspek yang bersenjatakan besi di dahi dan pergelangan tangan kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai melibatkan tiga suspek yang menaiki kereta Toyota Vios berwarna hitam.

Bagaimanapun, dua anggota polis bantuan yang sedang menjalankan pemantauan kebetulan melalui lokasi itu dan berjaya menahan salah seorang daripada suspek manakala dua lagi sedang diburu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Praba di talian 011-26394419.

Artikel Berkaitan: