Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan Bentong di Pahang serta Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.
Amaran itu turut membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang
- Amaran cuaca buruk ini meliputi beberapa lokasi di Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Kawasan terjejas di Pahang adalah Bentong
- Di Selangor, kawasan terjejas termasuk Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang
- Negeri Sembilan juga terjejas dengan amaran dikeluarkan untuk Jelebu, Seremban dan Port Dickson
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
