X

Kindly register in order to view this article
!

Wan Suraya dilantik Ketua Kementerian Perpaduan Negara

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai sebagai Ketua Kementerian Perpaduan Negara berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, Wan Suraya telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 25 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Pengarah, Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada 19 Februari 1995.

Wan Suraya, 51, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Sheffield, United Kingdom memiliki pengalaman luas dalam bidang perdagangan antarabangsa dan industri, pengurusan sumber manusia, pelaburan dan keusahawanan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategi dan Pemantauan), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Semoga dengan pelantikan ini, beliau dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat demi kestabilan negara," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf