Aguero lebih hebat berbanding Henry: Alan Shearer

Alan Shearer
Alan Shearer
A
A
A

BEKAS bintang England dan Newcastle United, Alan Shearer meletakkan ranking pemain Manchester City, Sergio Aguero lebih tinggi berbanding bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry bagi kategori penjaring gol terbanyak Liga Premier Inggeris (EPL).

Shearer berkata, biarpun pemain Argentina itu bakal mencecah usia 32 tahun, namun dia dilihat masih mampu menjaringkan gol dari pelbagai sudut.

"Saya tahu dia beraksi dengan pasukan yang hebat, tetapi dengan 180 gol, 260 penampilan dan lihatlah apa pernah dimenanginya?

"Saya sukakan kedua-dua mereka. Thierry Henry berbeza kerana peranannya sebagai penyerang telah berubah sedikit," katanya.

Shearer berkata demikian ketika berdebat bersama dua lagenda bola sepak England, Ian Wright dan Gary Lineker pada program Match of the Day, baru-baru ini.

Pada debat berkenaan, Wright dan Lineker tetap mempertahankan lagenda Arsenal itu sebagai penjaring gol yang lebih baik berbanding Aguero.

Untuk rekod, Shearer pernah menjaringkan 42 gol daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semusim ketika beraksi dengan Blackburn Rovers pada musim 1994/1995 lalu dan sekali gus mengatasi rekod 41 gol yang dijaringkannya ketika beraksi dengan Southampton bagi musim 1991/1992 bagi saingan Divisyen 1, Liga Kejuaraan.

Justeru peminat bola sepak masih meletakkan Aguero dan Henry berada di belakang ikon Newcastle itu, pabila Aguero sekadar meledak 26 gol bagi musim 2014/2015 manakala Henry (30 gol, 2003/2004) lalu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Shearer berkata, tidak ramai pemain yang boleh dilabel selaku penyerang tengah hari ini.

"Ini kerana tugas penyerang adalah untuk menjaringkan gol.

"Bagi saya, kedua-dua pemain ini (Aguero dan Henry) bukan hanya penjaring gol yang hebat, tetapi turut menjaringkan gol-gol yang hebat," katanya.