X

Kindly register in order to view this article
!

Pekerja pembersihan curi 30 kotak topeng muka di hospital

Topeng muka yang dipercayai dicuri suspek terbabit pada Jumaat lalu.
A
A

LIPIS - Seorang pekerja syarikat pembersihan ditahan kerana dipercayai mencuri 30 kotak topeng muka bernilai RM3,000 di Hospital Kuala Lipis di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, suspek yang berusia 26 tahun itu mencuri topeng muka berkenaan di dalam sebuah stor di Hospital Kuala Lipis.

Menurutnya, kejadian itu disedari seorang jururawat hospital berkenaan selepas melihat hanya tinggal lima kotak topeng muka yang ada pada jam 4 petang berbanding 35 kotak sebelumnya pada jam 11.30 pagi.

Topeng muka yang dipercayai dicuri suspek terbabit pada Jumaat lalu.
Topeng muka yang dipercayai dicuri suspek terbabit pada Jumaat lalu.

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek yang juga pekerja sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) memasuki wad dan dipercayai memasuki stor tersebut.

"Dalam rakaman itu, kelihatan suspek menuju ke stor itu jam 12.58 tengah hari dan keluar kira-kira dua minit kemudian dari pintu wad itu dengan membawa barang di dalam plastik warna hitam dan beg galas biru disyaki mengandungi kotak topeng muka terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, suspek ditahan semalam dan mendapat perintah reman hingga 31 Mac ini untuk disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus