Fakta Dr Akmal tersasar, AMK ajak UMNO Melaka berdialog

MELAKA - [DIKEMAS KINI] Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka mencabar Pemuda UMNO Melaka berhujah dalam dialog terbuka susulan banyak kenyataan didakwa tersasar dilemparkan pada konvensyen khas pada Sabtu.
Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Hafizudin berkata, konvensyen dikendalikan Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengandungi pelbagai kenyataan dan dakwaan yang tidak berlandaskan fakta sebenar.
“Sabtu lalu, YB Akmal Saleh mengadakan konvensyen dan melontarkan pelbagai kenyataan serta dakwaan. Banyak yang disebut, namun banyak juga fakta yang jauh tersasar.
“Jika benar yakin dengan hujah, fakta dan naratif dibawa, saya secara terbuka mencabar Ketua Penerangan Pemuda UMNO Melaka, Najmi Nordin, untuk bersemuka dalam dialog terbuka,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau mencadangkan Sinar Harian atau Malaysia Gazette dijadikan sebagai platform penganjuran bagi membolehkan perbahasan dilakukan secara matang, berfakta dan bertanggungjawab.
“Bukan sekadar bercakap di pentas sendiri atau berapi-api di hadapan penyokong, tetapi berani berdepan dengan seteru.
“Politik anak muda seharusnya mendidik, bukan menakutkan. Rakyat khususnya anak muda Melaka berhak mendengar pandangan daripada kedua-dua sisi sebelum membuat penilaian.
“Jika yakin berada di pihak yang benar, dialog terbuka tidak perlu ditakuti,” katanya.
Ringkasan AI
- AMK Melaka mencabar Pemuda UMNO Melaka untuk dialog terbuka
- Konvensyen Pemuda UMNO dipimpin oleh ADUN Merlimau mengandungi dakwaan tidak berfakta
- Ketua Penerangan AMK Melaka, Hakim Hafizudin, mencabar secara terbuka
- Cadangan menggunakan Sinar Harian atau Malaysia Gazette sebagai platform dialog
- Dialog bertujuan untuk pendidikan politik yang matang dan bertanggungjawab
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

