Anak disangka meninggal nahas muncul saat jenazah dimandikan

JEMBER – Warga di Kecamatan Bangsalsari, Kabupaten Jember, Jawa Timur di Indonesia gempar selepas mangsa kemalangan yang disangka sudah meninggal dunia kembali semula ke rumah keluarganya.
Suasana duka berubah menjadi kecoh ketika proses memandikan jenazah sedang dilakukan pada Khamis lalu.
Ahli keluarganya menangis kegembiraan sambil memeluk erat anak sebenar mereka yang muncul secara tiba-tiba.
Pada mulanya, keluarga individu tersebut dimaklumkan tentang kematiannya berdasarkan ciri fizikal mangsa.
Salah faham itu berlaku kerana keluarganya tidak melakukan proses pengecaman mayat secara menyeluruh, sebaliknya terus membawa pulang untuk dikebumikan.
Kanit Gakkum Satlantas Polres Jember, Ipda Tommy Nur Alamsyah berkata, hal itu berlaku kerana kesilapan identiti.
"Saya menggesa masyarakat agar mendapatkan pengesahan identiti mayat melalui rumah sakit atau pihak berkuasa sebelum dibawa pulang," katanya.
Jenazah mangsa telah dikembalikan di Puskesmas Bangsalsari untuk proses penyerahan kepada keluarga sebenar.
Nahas pada malam Tahun Baharu itu melibatkan sebuah trak dan motosikal di Jalan Raya Gambirono, Kecamatan Bangsalsari, Jember yang meragut dua nyawa. - Agensi
Ringkasan AI
- Warga di Kecamatan Bangsalsari, Kabupaten Jember, Jawa Timur dihebohkan dengan kejadian mangsa kemalangan yang disangka sudah meninggal kembali ke rumah
- Suasana duka berubah menjadi kecoh ketika mangsa yang disangka meninggal kembali semasa proses memandikan jenazah
- Kelurga mangsa menangis kegembiraan saat anak sebenar mereka muncul secara tiba-tiba
- Kesilapan identiti berlaku kerana keluarga tidak melakukan pengecaman mayat secara menyeluruh dan salah mengambil mayat untuk dikebumikan
- Ipda Tommy Nur Alamsyah menggesa masyarakat untuk mendapatkan pengesahan identiti mayat melalui rumah sakit atau pihak berkuasa sebelum diambil pulang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

