Lelaki kelam-kabut balik rumah, masjid salah umum sudah meninggal dunia

Jenazah sebenar adalah milik Pardi yang mempunyai wajah serupa dengan Samuji (gambar kecil). - Foto Agensi
Jenazah sebenar adalah milik Pardi yang mempunyai wajah serupa dengan Samuji (gambar kecil). - Foto Agensi
A
A
A

BALIKPAPAN - Seorang lelaki terkejut bukan kepalang setelah namanya diumumkan sudah meninggal dunia melalui sistem pembesar suara masjid.

Samuji, 65, di Desa Jambean Wangi, Kecamatan Jatirogo, Tuban, Jawa Timur di Indonesia bergegas pulang dari sawah setelah menerima perkhabaran tersebut.

Sejurus tiba di rumahnya, penduduk setempat telah mula berkumpul untuk menghadiri pengebumiannya ketika kejadian pada Khamis lalu.

Ramai juga yang terkejut setelah melihat Samuji masih hidup dan identiti jenazah yang berada di rumahnya terus mencetuskan tanda tanya.

Kapolsek Jatirogo, Iptu Arif Nugroho berkata, jasad itu adalah milik Pardi yang mempunyai wajah serupa dengan Samuji.

"Identiti mereka tertukar selepas isteri Samuji sendiri yang tidak dapat mengesahkan sama ia mayat suaminya atau sebaliknya kerana terlalu sedih," jelasnya.

Menurutnya, keluarga Pardi kemudiannya hadir untuk mengambil jenazahnya bagi urusan persemadian dan mengesahkan dia mempunyai masalah jantung. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki di Balikpapan terkejut setelah diumumkan meninggal dunia melalui pembesar suara masjid
  • Samuji bergegas pulang setelah mendapat kabar tersebut dan mendapati penduduk sudah berkumpul untuk pengebumiannya
  • Ramai terkejut melihat Samuji masih hidup dan identiti jenazah di rumahnya mencetuskan tanda tanya
  • Jasad yang diumumkan itu sebenarnya milik Pardi yang wajahnya serupa dengan Samuji
  • Identiti mereka tertukar kerana isteri Samuji yang sedih tidak dapat mengesahkan jenazah itu suaminya atau tidak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!