Banjir: Mangsa meningkat, 300 dipindahkan ke PPK

A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin meningkat apabila seramai 300 individu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, Beaufort.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, sehingga kini jumlah tersebut melibatkan mangsa banjir dari tujuh kampung di Beaufort.

"Setakat jam 8 malam, jumlah mangsa banjir melibatkan seramai 300 penduduk terdiri daripada 108 ketua isi rumah (KIR).

"Pecahan bagi kesemua mangsa melibatkan seramai 52 lelaki dan 98 wanita dewasa bersama kanak-kanak terdiri daripada 78 lelaki dan 72 perempuan," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Sementara itu, hujan berterusan selama kira-kira empat jam di Kota Kinabalu menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air dan berlaku banjir kilat.

Antara lokasi yang dinaiki air ialah kawasan Inanam, Kolombong dan Manggat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat dengan 300 individu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal Selagon, Beaufort
  • Mangsa bencana melibatkan penduduk dari tujuh kampung di Beaufort
  • Seramai 300 penduduk terlibat adalah dari 108 ketua isi rumah
  • Pecahan mangsa terdiri dari 52 lelaki, 98 wanita dewasa dan kanak-kanak 78 lelaki serta 72 perempuan
  • Hujan berterusan selama empat jam di Kota Kinabalu menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan termasuk Inanam, Kolombong dan Manggat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!