Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat

Anggota keselamatan melakukan tinjauan di Jalan Johor Bahru-Gemas, Segamat, selepas laluan berkenaan dinaiki air.
Anggota keselamatan melakukan tinjauan di Jalan Johor Bahru-Gemas, Segamat, selepas laluan berkenaan dinaiki air.
A
A
A

KOTA TINGGI – Seramai 163 mangsa banjir melibatkan 54 keluarga dari Segamat ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Ahad selepas kediaman mereka dinaiki air.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Asman Shah Abd Rahman, jumlah itu direkodkan pada jam 10 pagi Isnin dan didapati meningkat berbanding 148 mangsa daripada 50 keluarga pada jam 8 pagi.

“Kesemua mangsa banjir ini melibatkan penduduk Kampung Sebarang Batu Badak, Kampung Batu Lima, Kampung Sermin, Kampung Paya Lebar, Kampung Pekan Air Panas, Kampung Orang Asli Sungai Kecil dan Kampung Baru Gemas.

“Mereka dipindahkan ke PPS di balai raya, dewan serbaguna dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

“Mangsa dipindahkan ke PPS bagi tujuan keselamatan susulan hujan lebat yang berterusan di daerah ini sejak Ahad, secara berperingkat,” katanya.

Tambah beliau, terdapat sebuah jalan yang terjejas akibat banjir iaitu Jalan Jabi–Bukit Tempurong yang ditutup sementara selepas dinaiki air setinggi 0.30 meter.

“Selain itu, dilaporkan terdapat lima batang sungai yang berada pada paras bahaya di empat daerah melibatkan Sungai Muar di Segamat, Sungai Muar dan Sungai Kesang di Tangkak, Sungai Endau dan Sungai Tenglu Kecil di Mersing serta Sungai Batu Pahat di Batu Pahat,” katanya.

Anggota keselamatan melakukan tinjauan di Jalan Johor Bahru–Gemas, Segamat, pada Ahad selepas laluan berkenaan dinaiki air.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 163 mangsa banjir daripada 54 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara sejak Ahad
  • Jumlah mangsa meningkat dari 148 orang dalam 50 keluarga pada jam 8 pagi Isnin
  • Mangsa banjir adalah penduduk dari tujuh kampung termasuk Kampung Sebarang Batu Badak dan Kampung Baru Gemas
  • Mereka dipindahkan ke PPS di balai raya, dewan serbaguna dan SJKC akibat hujan lebat yang berterusan
  • Jalan Jabi–Bukit Tempurong terjejas dan ditutup sementara, lima sungai di empat daerah berada pada paras bahaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!