Rembayung Khairul Aming buka 6 Januari ini

SHAH ALAM - Penantian ramai bakal berakhir apabila restoran Rembayung, milik pempengaruh dan usahawan terkenal Khairul Aming akan dibuka secara rasmi pada 6 Januari ini selepas berbulan-bulan membuat persediaan rapi.
Perkara tersebut dimaklumkan Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA menerusi satu video di media sosial.
Rembayung merupakan restoran pertama KA yang mengetengahkan konsep hidangan tradisional Melayu dengan suasana santai dan mesra pengunjung.
Pelbagai juadah kampung dan minuman disediakan termasuk pilihan kuih-muih tradisional.
Menurut KA, Rembayung dibuka dengan konsep inklusif tanpa bilik khas atau ruang VIP, sebaliknya menggalakkan pengunjung menikmati hidangan bersama-sama dalam suasana kekeluargaan.
"Semua orang dijemput menjamu selera beramai-ramai. Doakan perniagaan kami dipermudahkan dan kami semua tak sabar nak nantikan kehadiran anda.
"Dengan usaha ini diharapkan sedikit sebanyak kita dapat bantu mengangkat lagi juadah Melayu kampung ke mata dunia," ujarnya.
Sebelum ini, KA mendedahkan projek restoran pertamanya, Rembayung itu dibina dengan modal sebanyak RM4 juta.
Restoran itu dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru, iaitu hanya sembilan minit dari pusat beli-belah KLCC atau Menara Berkembar Petronas.
Ringkasan AI
- Restoran Rembayung milik Khairul Aming akan dibuka secara rasmi pada 6 Januari ini
- Rembayung menawarkan konsep hidangan tradisional Melayu dalam suasana santai dan mesra pengunjung
- Pelbagai juadah kampung dan minuman termasuk kuih-muih tradisional disediakan di Rembayung
- Konsep inklusif tanpa bilik khas atau ruang VIP, menggalakkan suasana kekeluargaan
- Restoran dibina dengan modal RM4 juta di Kampung Baru, 9 minit dari KLCC
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

