Seorang maut, dua cedera diserang di restoran

Datuk Azizee Ismail.
Datuk Azizee Ismail.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Seorang maut, manakala dua cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran di Jawi, di sini, pada Selasa

Kejadian dilaporkan berlaku jam 4.30 petang apabila sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bertindak menyerang mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati mengenai masalah hutang.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki yang parah akibat tetakan di bahagian kepala disahkan meninggal dunia ,manakala dua lagi mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut.

Difahamkan punca pergaduhan adalah disebabkan masalah hutang.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kes masih dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca serangan dan kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video keadaan mangsa yang cedera termasuk seorang daripada mereka dalam keadaan parah, dipercayai akibat serangan menggunakan parang. - Awani

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang maut dan dua cedera selepas diserang di sebuah restoran di Jawi, Nibong Tebal
  • Serangan berlaku jam 4.30 petang oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang
  • Motif serangan adalah masalah hutang
  • Seorang lelaki meninggal akibat tetakan di kepala, dua lagi dibawa ke hospital untuk rawatan
  • Polis sedang menyiasat kes dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!