Oyen sesat dari Kedah 'tumpang' lori ke Sekinchan

SHAH ALAM – Gelagat seekor kucing yang dipercayai sesat selepas 'menumpang' sebuah lori dari Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Sekinchan, Selangor mencuri perhatian ramai apabila haiwan itu ditemukan di Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan.
Menerusi satu hantaran di TikTok, kucing berwarna oren itu dibelai anggota bomba sebelum mereka menyedari terdapat nombor telefon pemilik pada rantai yang dipakai haiwan itu.
"Oyen sudah beberapa hari berada di balai, tapi baru perasan ada nombor telefon (pemilik) pada rantainya.
"Pemilik memaklumkan mereka tinggal di Bukit Kayu Hitam dan akan datang mengambil Oyen pada hari Sabtu," katanya.
Perkongsian tersebut mengundang reaksi lucu daripada netizen yang terhibur dengan 'pengembaraan' luar biasa kucing berkenaan, selain memuji keprihatinan anggota bomba yang menjaga haiwan itu sementara menunggu tuannya.
Sementara itu, menerusi perkembangan terbaharu di Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, kucing berkenaan disahkan telah selamat diserahkan kepada pemiliknya.
"Oyen dah diambil untuk pulang ke pangkal jalan,” katanya.
Ringkasan AI
- Kucing yang sesat selepas 'menumpang' lori dari Bukit Kayu Hitam ke Sekinchan menarik perhatian di balai bomba
- Kucing berwarna oren ditemukan dengan nombor telefon pemilik pada rantainya
- Pemilik kucing tinggal di Bukit Kayu Hitam dan mengambilnya pada hari Sabtu
- Netizen terhibur dengan 'pengembaraan' kucing tersebut dan memuji bomba yang menjaga haiwan itu
- Oyen, kucing tersebut telah selamat diserahkan kepada pemiliknya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

