Peniaga diminta jangan sorok bekalan makanan

Che Abdullah (kanan) membuat tinjauan harga jualan di RTC Tunjong hari ini.
Che Abdullah (kanan) membuat tinjauan harga jualan di RTC Tunjong hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Peniaga diminta untuk tidak menyorokkan barangan keperluan terutama barang dapur dengan tujuan untuk manipulasi harga kerana bekalan makanan yang ada mencukupi.

Timbalan Menteri II Pertanian dan Industri Makanan (MOA), Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, orang ramai juga diminta bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan ketika negara dilanda wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, bekalan makanan adalah mencukupi dan kerajaan sentiasa memastikan ia dapat sampai kepada rakyat.

"Jadi setakat ini, alhamdulillah di peringkat kementerian sendiri kita telah pun membuka bilik gerakan berkaitan dengan Covid-19 serta sentiasa memantau dari segi kecukupan bekalan makanan, masalah yang dihadapi dalam rantaian makanan dan pembekalan.

"Kita minta rakyat termasuk peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menyorok barang atau menaikkan harga barangan yang dijual,” katanya ketika sidang akhbar di pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini hari ini.

Che Abdullah berkata, kementeriannya juga menafikan dakwaan bahawa bekalan beras hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan sahaja.

Katanya, negara masih mengimport beras dari beberapa negara luar dan sentiasa berusaha memastikan bekalan mencukupi.

“Bekalan beras cukup dan untuk jangka masa yang panjang kita juga import dari negara luar seperti Thailand, Kemboja, India dan beberapa lagi,” katanya yang turut membuat tinjauan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong.

Artikel Berkaitan: