Doktor, bayi maut van kesihatan dinaiki terbabas

Keadaan van kesihatan yang dinaiki mangsa remuk dan pecah cermin hadapan - GAMBAR IHSAN PEMBACA
Keadaan van kesihatan yang dinaiki mangsa remuk dan pecah cermin hadapan - GAMBAR IHSAN PEMBACA
A
A
A

GUA MUSANG – Seorang doktor dan bayi lelakinya yang berusia sembilan bulan maut manakala tujuh lagi cedera apabila van kesihatan dinaiki mereka terbalik di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya, Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi meninggal dunia di Hospital Gua Musang.

Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, termasuk penumpang lain iaitu Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38; Syahirah Muhamad Razali, 20; Dr Norazma Mohamad, 34; Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29; Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.

Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketika kejadian, van kesihatan dari Hospital Kuala Krai yang menghala ke Gua Musang dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan sebelum dan terbalik.

Van kesihatan yang dinaiki mangsa terbabas dan terbalik di tepi longkang - GAMBAR IHSAN PEMBACA
Van kesihatan yang dinaiki mangsa terbabas dan terbalik di tepi longkang - GAMBAR IHSAN PEMBACA

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, punca kemalangan tersebut masih dalam siasatan.

“Saya difahamkan Dr Nooranisah bersama rakan yang lain dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang untuk membantu beberapa tugasan di hospital tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.