Isu TikTok: Fahmi nasihat pengguna Facebook insaf, tidak jadikan fitnah makanan ruji

Buletin TV3 menafikan penerbitan artikel Fahmi berhubung TikTok.
Buletin TV3 menafikan penerbitan artikel Fahmi berhubung TikTok.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihati seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Syafinas Abu Bakar supaya insaf dan tidak berkongsi kenyataan palsu di media sosial.

"Harap Syafinas Abu Bakar insaf. Jangan jadikan fitnah makanan ruji harian," katanya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Kenyataan itu dibuat selepas Buletin TV3 menafikan penerbitan artikel yang bertajuk 'TikTok Malaysia akan ditutup kerana ia merugikan negara kita - Fahmi Fadzil'.

Dalam hantaran penafian tersebut, Buletin TV3 menafikan tuduhan dibuat dan menegaskan bahawa ia adalah palsu dan Fahmi tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Sebelum ini, Syafinas Abu Bakar berkongsi perkara tersebut di media sosial miliknya dengan kapsyen 'Hari ini kita nampak, bukan terkesan pada pembeli tapi pada penjual dan juga promoter. Terpaksa naikkan harga jualan supaya produk masih lagi diparas keuntungan. Ibarat 'silent killer'.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menasihati seorang pengguna Facebook agar tidak berkongsi kenyataan palsu
  • Pengguna itu menggunakan nama Syafinas Abu Bakar
  • Kenyataan palsu itu berkenaan dengan penerbitan artikel mengatakan TikTok Malaysia akan ditutup
  • Buletin TV3 menafikan penerbitan artikel tersebut dan menjelaskan ia palsu
  • Syafinas Abu Bakar telah berkongsi perkara palsu tersebut di media sosial

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!