13 maut, 98 cedera kereta api terjunam dalam gaung

MEXICO CITY - Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api yang membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico pada Ahad, lapor Xinhua.
Kereta api itu dilaporkan menjunam ke dalam gaung ketika dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero, menurut Gabenor Oaxaca, Salomon Jara.
Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat menggunakan tali dan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam gerabak kereta api berkenaan.

“Anggota penyelarasan perlindungan awam dan pengurusan risiko negeri, polis trafik negeri serta pasukan ambulans kini berada di lokasi bagi memberikan bantuan dengan kerjasama Sekretariat Tentera Laut.
"Kami akan terus mengemas kini perkembangan terkini,” kata gabenor itu. - Bernama- Xinhua
Ringkasan AI
- Seramai 13 orang terbunuh manakala 98 lagi cedera selepas kereta api tergelincir di atas jambatan berhampiran Nizanda di selatan Mexico
- Kereta api yang terlibat membawa 241 penumpang dan sembilan anak kapal
- Insiden itu berlaku ketika kereta api dalam perjalanan menuju ke perbandaran Matias Romero
- Operasi menyelamat dilancarkan dengan menggunakan tali dan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa
- Pasukan penyelamat termasuk anggota perlindungan awam, polis trafik dan pasukan ambulans dengan kerjasama Sekretariat Tentera Laut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
