Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung

Mangsa ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah pada Sabtu. Foto bomba Perak
Mangsa ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah pada Sabtu. Foto bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan terperangkap di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah pada Sabtu.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 40 tahun itu pada jam 1.38 tengah hari menerusi aduan awam.

“Sebuah jentera bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh kira-kira sembilan kilometer.

“Kami mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tidak memberikan sebarang respons. Petugas Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam lubang pembentung di Kampung Baru Tanah Mas, Tapah
  • Laporan kejadian diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada jam 1.38 tengah hari
  • Mangsa berusia dalam lingkungan 40 tahun
  • Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tidak memberikan respons
  • Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!