Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM serta-merta

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta
A
A
A

KUALA LUMPUR – Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa serta-merta susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar.

Pelantikan itu dibuat bagi memastikan kesinambungan kepimpinan tertinggi ATM selepas Mohd Nizam menamatkan perkhidmatannya selaras dengan peraturan sedia ada.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti, kepimpinan serta sumbangan Mohd Nizam sepanjang menerajui ATM.

"Beliau telah memberikan komitmen yang amat tinggi dalam memperkukuh kesiapsiagaan dan profesionalisme Angkatan Tentera Malaysia.

"Kementerian turut mendoakan agar urusan persaraan beliau berjalan lancar serta sentiasa berada dalam keadaan sihat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohd Nizam sebelum ini dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-23 berkuat kuasa bermula 31 Januari lalu.

Beliau sebelum ini merupakan Penolong Ketua Staf Perkhidmatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggantikan Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain dilantik sebagai Pemangku Panglima Angkatan Tentera Malaysia
  • Pelantikan dibuat susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar
  • Menteri Pertahanan merakamkan penghargaan atas khidmat Mohd Nizam
  • Mohd Nizam memberikan komitmen tinggi dalam memperkukuh kesiapsiagaan ATM
  • Mohd Nizam dilantik sebagai Panglima ATM ke-23 bermula 31 Januari lalu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!