Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Disember

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu hingga 29 Disember ini (Isnin).
MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh di Kelantan, manakala di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) bagi tempoh yang sama.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada diramalkan melanda kawasan Gua Musang di Kelantan; Pahang (Jerantut, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) hingga Isnin depan. - Bernama
Ringkasan AI
- MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan dan Terengganu
- Kawasan terlibat termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang di Terengganu
- Amaran hujan berterusan tahap buruk di Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai di Kelantan; Terengganu dan beberapa bahagian Pahang
- Amaran hujan berterusan tahap waspada di Gua Musang di Kelantan; beberapa kawasan di Pahang dan Johor
- Amaran hujan tersebut sah hingga 29 Disember
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
