JAS Johor serbu kilang kejuruteraan, premis kitar semula

Aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan di kawasan berkenaan. Foto JAS Johor
Aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan di kawasan berkenaan. Foto JAS Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Misteri bau hangit di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini sejak Rabu akhirnya terjawab apabila Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyerbu sebuah kilang kejuruteraan di Kawasan Perindustrian Maju Jaya yang disyaki terlibat dalam aktiviti pembakaran terbuka.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, JAS Johor memaklumkan serbuan dilakukan mulai jam 3 petang hingga 7 malam itu berjaya membongkar mengenai aktiviti pembakaran terbuka pelbagai jenis sampah yang dilakukan di kilang tersebut.

Menurut pihak JAS, biarpun aktiviti pembakaran tersebut dikenal pasti bukan punca utama bau hangit yang dilaporkan, tindakan tanpa kompromi tetap diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang dilaksanakan secara tegas.

"Hasil serbuan intensif menerusi Operasi Pemantauan Bersepadu di Kawasan Perindustrian Maju Jaya, pihak JAS Johor akhirnya membongkar mengenai pembakaran terbuka yang dilakukan sebuah kilang kejuruteraan di kawasan tersebut

"Susulan itu, JAS Johor telah mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 29(A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," menurut kenyataan berkenaan.

Sebahagian barangan lusuh yang ditemui di kawasan tersebut. Foto JAS Johor
Sebahagian barangan lusuh yang ditemui di kawasan tersebut. Foto JAS Johor

Tambah kenyataan itu lagi, pihak JAS meneruskan serbuan terhadap sebuah premis kitar semula barangan lusuh di Jalan Kempas Lama yang disyaki menjadi punca pencemaran.

"Ketika pemeriksaan dibuat, tiada bau tidak normal yang dikesan semasa pemeriksaan, premis tersebut didapati melakukan kesalahan serius kerana memiliki dan menyimpan sisa buangan terjadual (e-waste) secara haram.

"Tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh JAS ke atas stor e-waste tanpa permit tersebut manakala Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengenakan tindakan susulan mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan," tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, operasi kali ini adalah hasil kerjasama antara pihak JAS Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penguatkuasaan MBJB.

Sementara itu, JAS Johor menegaskan bahawa siasatan akan terus dipergiat dan tidak akan berhenti sehingga punca utama pencemaran dikenal pasti dan ditangani sepenuhnya.

"Pihak Jabatan menyeru kepada seluruh masyarakat agar menjadi 'mata dan telinga' kepada Jabatan dengan menyalurkan sebarang maklumat, bukti gambar, atau lokasi mencurigakan yang berkaitan dengan aktiviti pencemaran.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil demi kesejahteraan awam. Orang ramai digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, e-mel ke aduan_k@doe.gov.my atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my. bagi membantu siasatan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Misteri bau hangit di Johor Bahru terjawab dengan serbuan Jabatan Alam Sekitar ke kilang kejuruteraan di Kawasan Perindustrian Maju Jaya
  • Serbuan membongkar aktiviti pembakaran terbuka pelbagai jenis sampah di kilang tersebut
  • Walaupun bukan punca utama bau hangit, tindakan tanpa kompromi diambil untuk memastikan pematuhan undang-undang
  • Pihak JAS juga menyiasat sebuah premis kitar semula yang menyimpan e-waste secara haram
  • Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, PDRM, dan MBJB bekerjasama dalam operasi ini dan menyeru kerjasama orang ramai untuk melaporkan aktiviti pencemaran

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!