KRW FC mahu selesaikan isu perjanjian bulan ini

Muhamad Zaki (dua,kanan) pada Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Kelab Penyokong KRW FC Wira 12 di Rantau Panjang pada Rabu.
Muhamad Zaki (dua,kanan) pada Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Kelab Penyokong KRW FC Wira 12 di Rantau Panjang pada Rabu.
A
A
A

KELAB Bola Sepak Kelantan Red Warriors (KRW FC) akan menyelesaikan isu perjanjian pasukan itu dengan Pengerusi Gerakan Selamatkan Bola Sepak Kelantan, Nik Hafiz Naim Nik Hassan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Presidennya, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika ini pihaknya sedang mencari titik persamaan sekali gus menyelesaikan perkara itu dengan sebaik mungkin.

"Saya sudah berjumpa dengan beliau beberapa kali sebelum ini. Beliau faham masalah yang kita (KRW FC) sedang hadapi dan KRW FC faham masalah dihadapi beliau.

"Ini adalah perbincangan secara 'adik-beradik', sebab kita sama-sama mahu naikkan nama bola sepak Kelantan," katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran dan Pelancaran Kelab Penyokong KRW FC Wira 12 di Rantau Panjang di sini pada Rabu.

Menurut beliau, KRW FC percaya Nik Hafiz Naim mempunyai jiwa yang besar dan berharap penyelesaian secara menang-menang dapat dilaksanakan.

Katanya, isu tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan kerana dibimbangi boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.

Muhamad Zaki memberitahu, bermula 2026 nanti KRW FC akan melangkah tanpa sebarang masalah dengan mana-mana pihak.

"Peminat diminta jangan besarkan isu ini, biar saya dengan Nik Hafiz Naim selesaikan perkara tersebut," katanya.

Sebelum itu, Nik Hafiz Naim membuat naik satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya dengan menulis:

Artikel Berkaitan:

"Semalam saya berkesempatan melihat Tik Tok Live Kelantan Red Warrior FC di mana Dato' Zaki Presiden KRWFC menyebut mengenai urusan dan perjanjian pembelian kelab KRWFC antara Nasken Coffee dengan GSK.

"Saya menyambut baik kenyataan Dato' Zaki ingin menyelesaikan perkara ini selewat-lewatnya sebelum habis bulan ini."

Ringkasan AI

  • KELAB Bola Sepak Kelantan Red Warriors akan menyelesaikan isu perjanjian dengan Pengerusi Gerakan Selamatkan Bola Sepak Kelantan sebelum hujung tahun
  • Presiden KRW FC, Datuk Muhamad Zaki Harun sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik bersama Nik Hafiz Naim Nik Hassan
  • Kedua-dua pihak berbincang seperti adik-beradik untuk menaikkan nama bola sepak Kelantan
  • KRW FC berharap dapat mencapai penyelesaian secara menang-menang tanpa menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat
  • Muhamad Zaki yakin mulai tahun 2026, KRW FC akan beroperasi tanpa masalah dengan mana-mana pihak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!