Amaran hujan berterusan di empat daerah bermula Jumaat

Daerah berkenaan ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Daerah berkenaan ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penduduk di empat daerah di negeri ini diminta bersedia susulan amaran hujan berterusan (waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) selama empat hari bermula Jumaat ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, daerah berkenaan ialah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

"Orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, peka terhadap perkembangan cuaca semasa serta mematuhi segala arahan dan nasihat pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

"Kerajaan negeri melalui agensi-agensi berkaitan akan terus memantau situasi ini secara rapi dan berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan keselamatan serta kebajikan Bangsa Johor sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan.

Pada Isnin, MetMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku pada 25 hingga 29 Disember ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis terhadap model-model cuaca terkini juga menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Penduduk di Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi diminta bersedia susulan amaran hujan berterusan
  • Amaran dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia selama empat hari bermula Jumaat
  • Penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada dan patuhi arahan pihak berkuasa
  • Kerajaan negeri dan agensi berkaitan akan memantau situasi secara rapi
  • Monsoon dijangka berlaku dari 25 hingga 29 Disember menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang di Laut China Selatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!