Amaran hujan berterusan di empat negeri bermula Khamis ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda empat negeri bermula 25 Disember ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat ialah seluruh Terengganu dan Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang serta Pasir Puteh dari 25 hingga 28 Disember ini.
Keadaan sama dijangka melanda Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) dari 26 hingga 29 Disember. - Bernama.
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada
- Amaran ini meliputi empat negeri mulai 25 Disember
- Terlibat seluruh Terengganu dan Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh
- Pahang dan Johor juga akan terkena dengan kawasan terlibat Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, Rompin, Segamat, Kluang, Mersing, dan Kota Tinggi
- Tempoh amaran dari 25 hingga 28 Disember untuk Terengganu dan Kelantan, dan 26 hingga 29 Disember untuk Pahang dan Johor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
