Pickleball kini dipertandingkan dalam Kidslympic 2026

Kidslympic Malaysia adalah temasya sukan pelbagai disiplin khusus untuk kanak-kanak
Kidslympic Malaysia adalah temasya sukan pelbagai disiplin khusus untuk kanak-kanak
A
A
A

TEMASYA sukan kanak-kanak, Kidslympic secara rasmi mengumumkan pengenalan pickleball sebagai kategori sukan baharu yang akan dipertandingkan pada edisi Kidslympic 2026.

Langkah strategik itu dimeterai menerusi jalinan kerjasama dengan syarikat ekosistem pickleball, Sports Empire Sdn Bhd dalam usaha memperkukuhkan misi membina ekosistem sukan belia pelbagai disiplin terbesar di Malaysia.

Pengasas bersama Kidslympic yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Goh Liu Ying berkata, kemasukan pickleball adalah selari dengan agenda jangka panjang Kidslympic untuk meletakkan kanak-kanak dan remaja Malaysia di barisan hadapan sukan yang sedang meningkat naik di peringkat global itu.

“Kidslympic diwujudkan untuk memupuk rasa cinta kepada sukan, dan pickleball adalah tambahan sempurna kepada visi ini.

“Ia menyeronokkan, inklusif dan mudah dipelajari oleh kanak-kanak tetapi yang paling penting, ia membina keyakinan diri.

“Saya percaya pickleball akan menjadi satu sukan peringkat permulaan paling menarik untuk kanak-kanak dan Kidslympic berbangga memimpin gerakan ini,” katanya.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani, inisiatif ini bakal memperkasakan kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun untuk meneroka sukan tersebut, sekali gus membina keyakinan diri dan mengamalkan gaya hidup aktif sejak kecil.

Untuk rekod, Kidslympic Malaysia adalah temasya sukan pelbagai disiplin khusus untuk kanak-kanak yang merupakan satu inisiatif nasional didedikasikan untuk memperkasa pembangunan sukan belia dan menggalakkan pertumbuhan holistik melalui sukan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Temasya sukan kanak-kanak, Kidslympic mengumumkan pengenalan pickleball sebagai kategori sukan baharu yang akan dipertandingkan pada edisi Kidslympic 2026
  • Langkah ini adalah hasil kerjasama dengan syarikat ekosistem pickleball, Sports Empire Sdn Bhd untuk memperkukuhkan misi membina ekosistem sukan belia di Malaysia
  • Pengasas bersama Kidslympic, Goh Liu Ying menyatakan kemasukan pickleball selari dengan agenda jangka panjang Kidslympic untuk meletakkan kanak-kanak dan remaja Malaysia di barisan hadapan sukan global
  • Pickleball dipilih kerana ia menyeronokkan, inklusif, mudah dipelajari oleh kanak-kanak dan membina keyakinan diri
  • Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani untuk memperkasakan kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun meneroka sukan tersebut dan mengamalkan gaya hidup aktif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!