Loji kimia meletup, 6 pekerja cedera termasuk 3 melecur teruk

ISTANBUL - Enam pekerja cedera lewat Isnin susulan satu letupan di sebuah loji kimia di Saint-Fons, Lyon di timur Perancis, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar BFM TV.
Pejabat Pendakwa Raya Lyon memaklumkan kepada BFM TV pada Selasa, letupan di loji kimia Elkem Silicones di Saint-Fons itu mencederakan enam pekerja dengan tiga daripada mereka berada dalam keadaan serius akibat melecur teruk.
Satu kertas siasatan dilaporkan dibuka atas kesalahan 'kecederaan tidak disengajakan yang disebabkan oleh entiti undang-undang sehingga mengakibatkan ketidakupayaan melebihi tiga bulan'.
Pejabat Pendakwa Raya berkata, bahagian khas jenayah terancang bersama Direktorat Jabatan Pekerjaan, Buruh dan Solidariti ditugaskan bagi menentukan punca serta keadaan yang membawa kepada letupan itu. - Bernama- Anadolu
Ringkasan AI
- Enam pekerja cedera akibat letupan di loji kimia Saint-Fons, Lyon
- Letupan di Elkem Silicones mencederakan enam, tiga serius melecur
- Pejabat Pendakwa Raya Lyon buka kertas siasatan kes kecederaan tidak sengaja
- Siasatan termasuk kesalahan yang mengakibatkan ketidakupayaan lebih tiga bulan
- Bahagian khas jenayah terancang dan Direktorat Jabatan Pekerjaan usut punca letupan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
