Bas kilang terbabas, 11 cedera termasuk pemandu warga emas

Sebuah bas kilang terbabas terbabas di Kilometer 48, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi Selasa. Foto IPK Kota Tinggi
Sebuah bas kilang terbabas terbabas di Kilometer 48, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi Selasa. Foto IPK Kota Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI – [DIKEMAS KINI] Seramai 11 individu termasuk seorang pemandu warga emas mengalami detik cemas apabila bas kilang yang mereka naiki terbabas dalam kejadian di Kilometer 48, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 pagi, membabitkan sebuah bas jenis Hino.

“Siasatan awal mendapati bas berkenaan yang dipandu lelaki berusia 75 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Pemandu dan 10 penumpang bas tersebut mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kota Tinggi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Yusof, kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Muhammad Danial Syafiq Azahari di talian 016-8738498.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bas kilang terbabas di Kilometer 48, Jalan Johor Bahru-Mersing, pagi Selasa
  • Seramai 11 individu termasuk seorang pemandu warga emas terlibat
  • Pemandu berusia 75 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas
  • Semua mangsa mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 47(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!