Pakistan: Enam cedera dalam 'letupan gas' di luar mahkamah

Menurut laporan media tempatan, enam mangsa cedera dibawa ke hospital selepas letupan gas di kawasan parkir mahkamah. - Foto: Agensi
Menurut laporan media tempatan, enam mangsa cedera dibawa ke hospital selepas letupan gas di kawasan parkir mahkamah. - Foto: Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Beberapa orang cedera dalam insiden "letupan gas” di luar sebuah mahkamah di ibu negara Pakistan, Islamabad, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik penyiar tempatan Geo News.

Kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta yang diletakkan di luar Kompleks Kehakiman di Islamabad.

Menurut laporan ARY News yang memetik polis, sekurang-kurangnya enam orang cedera dan kesemua mangsa telah dibawa ke hospital. Sebuah motosikal turut dilaporkan rosak dalam kejadian itu. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Beberapa orang cedera dalam insiden letupan gas di luar sebuah mahkamah di Islamabad
  • Kejadian berlaku dalam kereta di Kompleks Kehakiman di Islamabad
  • Sekurang-kurangnya enam orang cedera
  • Semua mangsa telah dibawa ke hospital
  • Sebuah motosikal rosak dalam kejadian itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!