Mangsa gas memasak meletup meninggal dunia

MUAR – Pekerja pembersihan yang mengalami kecederaan serius akibat letupan gas memasak di rumahnya di Taman Pagoh Jaya di sini, meninggal dunia pada kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Isnin.
Allahyarham Fauzisham Darwis, 51, sebelum itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah sejak malam Khamis lalu.
Berita pemergian Fauzisham dimaklumkan rakan karibnya, Hanafi Taib, 51.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terus Panchor.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mengesahkan menerima laporan kematian mangsa dan siasatan dijalankan sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Fauzisham melecur teruk apabila gas memasak yang disyaki bocor meletup di rumahnya di Taman Pagoh Jaya.
Ketika itu, mangsa berada seorang diri di rumah manakala isterinya keluar membeli barangan.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di luar rumah dengan kesan melecur di muka dan seluruh badan.
Ringkasan AI
- Pekerja pembersihan meninggal akibat letupan gas memasak di rumahnya di Taman Pagoh Jaya
- Allahyarham Fauzisham Darwis, 51, dirawat di ICU Hospital Pakar Sultanah Fatimah sejak malam Khamis
- Berita pemergian Fauzisham dimaklumkan rakan karibnya, Hanafi Taib
- Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terus Panchor
- Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, mengesahkan menerima laporan kematian dan siasatan dijalankan sebagai mati mengejut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


