Mangsa gas meletup dilaporkan kritikal

Anggota bomba memeriksa keadaan rumah mangsa selepas berlaku letupan gas memasak di Taman Pagoh Jaya, Muar. - Foto JBPM Johor
Anggota bomba memeriksa keadaan rumah mangsa selepas berlaku letupan gas memasak di Taman Pagoh Jaya, Muar. - Foto JBPM Johor
A
A
A

MUAR - Pekerja pembersihan yang menjadi mangsa dalam insiden gas meletup di Taman Pagoh Jaya di sini malam Khamis kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata mangsa Fauzisham Darwis, 51, ketika ini dalam tidak sedarkan diri selepas melecur sehingga 60 peratus.

"Polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan berlaku kejadian gas meletup di sebuah rumah di Taman Pagoh Jaya pada jam 8 malam.

"Tempat kejadian merupakan sebuah rumah jenis teres dua tingkat dan kebakaran berlaku di bahagian dapur.

"Pemeriksaan dijalankan menemukan seorang lelaki dalam keadaan terbaring di luar rumah dengan kesan terbakar di muka, badan serta keseluruhan badan," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, semasa kejadian, mangsa berseorangan di rumah manakala isterinya keluar membeli barang di Taman Pagoh Jaya, Pagoh.

Raiz Mukhliz berkata, mangsa sebagai pekerja pembersihan di Hub Universiti Pagoh manakala isterinya pengasuh.

"Pemeriksaan di bahagian dapur mendapati berlaku kerosakan membabitkan peralatan memasak," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pekerja pembersihan tercedera dalam insiden gas meletup di Taman Pagoh Jaya kini dirawat di ICU
  • Mangsa Fauzisham Darwis melecur sehingga 60 peratus dan dalam tidak sedarkan diri
  • Kebakaran berlaku di bahagian dapur sebuah rumah jenis teres dua tingkat di Taman Pagoh Jaya
  • Mangsa berada seorangan di rumah pada masa kejadian
  • Kerosakan pada peralatan memasak di dapur ditemui semasa pemeriksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!