Sze Fei-Izzuddin dilantik Duta Jenama rasmi Smart Paints

PASANGAN beregu lelaki badminton negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani dilantik sebagai Duta Jenama rasmi Smart Paints untuk tahun 2026.
Pelantikan tersebut dibuat dengan mengambil kira nilai dan dedikasi tinggi ditunjukkan beregu profesional negara itu yang seiring dengan teras Smart Paints iaitu membawa konsep inovasi, ketahanan dan prestasi tinggi.
Pengarah Eksekutif SAC Smart Paints, Goh Chye Hin berkata, sebagai atlet yang membanggakan Malaysia, pasangan berkenaan turut menunjukkan semangat juang dan kemampuan mencapai kejayaan di peringkat dunia.
“Kami berasa gembira menyambut Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin ke dalam keluarga Smart Paints. Komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan penambahbaikan berterusan sejajar dengan nilai-nilai yang diterapkan oleh Smart Paints.
“Bersama-sama, kami menantikan kerjasama yang kukuh dan terus memberi inspirasi sepanjang tahun 2026,” katanya dalam satu kenyataan.
Beregu negara itu sebelum ini meraih kejayaan antarabangsa termasuk menjuarai Terbuka India selain memperbaiki ranking dunia.
Chye Hin menambah, sebagai Duta Jenama, Sze Fei-Izzuddin akan terlibat dalam kempen pemasaran dan aktiviti promosi.
Menurutnya, ia bagi membantu menyebarkan mesej kepada umum tentang Smart Paints sebagai tanda sokongan penuh terhadap produk tempatan dengan membawa penyelesaian pelindung moden yang inovatif dan berteknologi tinggi.
Smart Paints merupakan jenama cat baharu yang menawarkan penyelesaian berkualiti tinggi, mesra alam dan berteknologi tinggi untuk kegunaan kediaman, komersial dan industri.
Selain itu, dengan menggunakan gabungan sains dan teknologi bahan canggih dan formula pintar, produk jenama tersebut direka untuk memberikan perlindungan, ketahanan dan prestasi terbaik dalam pelbagai keadaan.
Ringkasan AI
- Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani dilantik sebagai Duta Jenama rasmi Smart Paints untuk tahun 2026 Pelantikan mereka dibuat berdasarkan nilai dan dedikasi tinggi yang sejajar dengan konsep inovasi, ketahanan dan prestasi yang diterapkan oleh Smart Paints Sebagai atlet yang membanggakan Malaysia, mereka menunjukkan semangat juang dan telah mencapai kejayaan di peringkat dunia termasuk menjuarai Terbuka India Sebagai Duta Jenama, mereka akan terlibat dalam kempen pemasaran dan aktiviti promosi Smart Paints Smart Paints merupakan jenama cat yang menawarkan penyelesaian berkualiti tinggi, mesra alam dan menggunakan teknologi bahan canggih
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


